Raihan-baking di lahirkan kerana minat yang dalam bidang masakan. Disamping itu diperkembangkan lagi untuk membuka kelas-kelas masakan dan kraftangan...untuk dewasa dan kanak-kanak..mengisi masa lapang.Sedia menerima sebarang tempahan untuk majlis-majlis Keraian.
Friday, 21 October 2011
Kek Mentega
Kek ini aku buat semasa perjumpaan adik beradik semasa melihat mertua ku yang sedang uzur. Kami jadikan sajian semasa perbincangan adik beradik. Sambil tu pukul canang untuk ambil tempahan..alhamdulillah rezeki...hari raya haji dah ada 3 tempahan..rezeki ...syukurnya nikmat allah..
Tuesday, 18 October 2011
Apam Polkadot
Kek Perkahwinan
Kek Keju hasil tanganku yang pertama khas dibuat untuk abangku yang tersayang dimajlis hari Kahwinnya pada tahun 2009.
Kek Cawan
Kek cawan ini berperisa keju..kek ini aku buat semasa hari perkahwinan abangku yang sulung pada tahun 2009. Alhamdulillah orang memuji...seronok rasanya..
Wednesday, 12 October 2011
Koleksi Barang Perkahwinan
Selain dari masakan aku juga berminat untuk mengubah barang-barang hantaran...kebiasaan nya aku menolong mak cik ku untuk membuat gubahannya... Seperti gambar di bawah nie lah contohnya hasil kerja aku bersama dengan mak cik kesayangan ku untuk hari bersejarah abang ku yang sulung...
Disini aku mendapat kepuasan..dan serba sedikit menguji kesabaran ku dalam menghasilkan kerja yang teliti untuk hari-hari yang bersejarah bagi seseorang...
Disini aku mendapat kepuasan..dan serba sedikit menguji kesabaran ku dalam menghasilkan kerja yang teliti untuk hari-hari yang bersejarah bagi seseorang...
Kek Hari Jadi
Kek Pandan ini tercetusnya idea semasa ulang tahun anak bongsu ku ke yang 2 tahun. Kami menyambut nya satu family dan makan beramai-ramai...
Memasak
Aku minat memasak semenjak ibuku pergi meninggalkan kami semua 3 tahun yang lalu...terasa terlalu cepat masa berlalu...aku terasa seperti semalam ibu meninggalkan kami semua....Segala ilmu yang di ajarkan ibu aku praktikkan..setelah aku merasa tiada tempat untuk bergantung dan berharap...
Hanya suami dan anak-anak memberi semangat untuk teruskan perjuangan ini...Alhamdulillah masa berlalu akhirnya hati ini terubat dengan hobi baruku...
Sekarang aku ingin berkongsi hobi baruku dengan semua...Di sini terlintasnya untuk aku membuka kelas memasak dan segala cabang seni yang berkaitan menjahit, melukis...dan dipendekkan cerita semua yang berkaitan dengan bidang seni...yang sudah lama aku tinggalkan...Disamping itu juga aku mengambil pesanan dari kawan-kawan untuk segala jenis kek dan kek cawan. Insyallah...
Sekurang-kurangnya ilmu yang dikurniakan tuhan dapat aku praktikkan selalu disamping menjana pendapatan keluarga...Insyallah dengan berkat sokongan dan doa kawan-kawan dan keluarga...dipermudahkan allah untuk aku meneruskan langkah..

Subscribe to:
Posts (Atom)