Wednesday, 21 December 2011

kek hari jadi utk tadika

seronoknya sambil berniaga sambil bersedekah...seronoknya...sempena hari lahir anak bongsuku azman danish..aku "sponsor" kek coklat moist utknya di sekolah"sempena nov born"...
alhamdulillah..dipanjang umur sihat tubuh badan disamping menjadi anak yang soleh dan bahagia di dunia dan akhirat...

Friday, 18 November 2011

Pesanan di Hari Raya Haji








Dua hari sebelum Hari Raya Haji sibuk menyiapkan tempahan pelanggan..x cukup tangan sampai terlupa lak nak ambil gambar yang lain...Alhamdulillah pesanan kali nie memberangsangkan...syukurnya x terkira....seronok gak....disamping mengasah bakat yang terpendam...hehehe....terima kasih kepada-kepada pelanggan-pelanggan yang setia...Banyak lagi yang belum di upload coz xsempat...tunggu!!!!


Pelanggan setia..

kek perkahwinan anak saudara ....serba biru....

Friday, 21 October 2011

Emmm....cantiknya


Gambar kesukaan ku....cantik dan tidak jemu di pandang...

kek oren


oren kek yang gebu...kesukaan kanak-kanak...

Yummy! Yummy! kek coklat

emmmm...yummy!yummy
emmm...yummy sepotong kek...

Kek Mentega

 Kek ini aku buat semasa perjumpaan adik beradik semasa melihat mertua ku yang sedang uzur. Kami jadikan sajian semasa perbincangan adik beradik. Sambil tu pukul canang untuk ambil tempahan..alhamdulillah rezeki...hari raya haji dah ada 3 tempahan..rezeki ...syukurnya nikmat allah..

Tuesday, 18 October 2011

Apam Polkadot




Apam Polkadot untuk majlis keramaian dan kenduri. Apam ini sangat popular dan menarik... Sedia untuk menerima tempahan. Sesuai dijadikan buah tangan untuk rakan-rakan dan saudara-mara.

Kek Perkahwinan


Kek Keju hasil tanganku yang pertama khas dibuat untuk abangku yang tersayang dimajlis hari Kahwinnya pada tahun 2009.

Kek Cawan

Kek cawan ini berperisa keju..kek ini aku buat semasa hari perkahwinan abangku yang sulung pada tahun 2009. Alhamdulillah orang memuji...seronok rasanya..





                                                

Wednesday, 12 October 2011

Koleksi Barang Perkahwinan

Selain dari masakan aku juga berminat untuk mengubah barang-barang hantaran...kebiasaan nya aku menolong mak cik ku untuk membuat gubahannya... Seperti gambar di bawah nie lah contohnya hasil kerja aku bersama dengan mak cik kesayangan ku untuk hari bersejarah abang ku yang sulung...

Disini aku mendapat kepuasan..dan serba sedikit menguji kesabaran ku dalam menghasilkan kerja yang teliti untuk hari-hari yang bersejarah bagi seseorang...

Kek Hari Jadi



Kek Pandan ini tercetusnya idea semasa ulang tahun anak bongsu ku ke yang 2 tahun. Kami menyambut nya satu family dan makan beramai-ramai...





Kek Blueberry ini semasa ulang tahun anak ke 3 aku, Arfan Danial..Seronoknya menyambut beramai-ramai di kampung bersama anak-anak buah...

Memasak

Aku minat memasak semenjak ibuku pergi meninggalkan kami semua 3 tahun yang lalu...terasa terlalu cepat masa berlalu...aku terasa seperti semalam ibu meninggalkan kami semua....Segala ilmu yang di ajarkan ibu aku praktikkan..setelah aku merasa tiada tempat untuk bergantung dan berharap...
Hanya suami dan anak-anak memberi semangat untuk teruskan perjuangan ini...Alhamdulillah masa berlalu akhirnya hati ini terubat dengan hobi baruku...

Sekarang aku ingin berkongsi hobi baruku dengan semua...Di sini terlintasnya untuk aku membuka kelas memasak dan segala cabang seni yang berkaitan menjahit, melukis...dan dipendekkan cerita semua yang berkaitan dengan bidang seni...yang sudah lama aku tinggalkan...Disamping itu juga aku mengambil pesanan dari kawan-kawan untuk segala jenis kek dan kek cawan. Insyallah...

Sekurang-kurangnya ilmu yang dikurniakan tuhan dapat aku praktikkan selalu disamping menjana pendapatan keluarga...Insyallah dengan berkat sokongan dan doa kawan-kawan dan keluarga...dipermudahkan allah untuk aku meneruskan langkah..